suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahu sambung pengajian, Ronaldo luah hasrat jadi pelakon selepas bersara

Ronaldo luah hasrat jadi pelakon selepas bersara kelak. FOTO: EPA.

SETIAP individu mempunyai impian tersendiri dalam hidup mereka.

Begitu juga dengan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Walaupun sudah banyak mencapai kejayaan dalam dunia bola sepak, dia seolah-olah belum berpuas hati lagi.

Kata Ronaldo, banyak impian yang ingin dicapai khususnya selepas dia bersara kelak.

"Apabila saya tinggalkan bola sepak, saya mahu sambung belajar.

"Satu lagi perkara yang saya minat, saya mahu menjadi pelakon filem," ujarnya.

Dalam pada itu kata Ronaldo, dia tidak pasti waktu yang sesuai untuknya bersara.

"Beberapa tahun lalu, umur 30 atau 32 sangat sesuai untuk bersara.

"Tapi sekarang, ada yang umur 40 masih lagi beraksi di padang," katanya. - The Sun.

Artikel Lain