suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasukan Mercedes pecat empat staf gara-gara komen berbaur rasis

Pengurusan Mercedes memecat empat orang staf IT bulan lalu. Foto: THE STAR

PASUKAN Mercedes memecat empat orang staf selepas menimbulkan isu buli rasis.

Pasukan Lewis Hamilton itu memecat staf lelaki bulan lepas kerana melanggar polisi selepas siasatan dilakukan sebaik sahaja menerima aduan daripada ibu pejabat di Northamptonshire.

Kenyataan Mercedes mengesahkan pelanggaran peraturan itu yang dipercayai mereka adalah pekerja di bahagian teknologi maklumat telah meninggalkan syarikat itu pada 2 Ogos lalu.

Dilaporkan bahawa pemecatan itu dibuat selepas mereka memanggil rakan sekerjanya sebagai 'pengganas muslim' dan dan melarang daripada berpuasa di bulan Ramadan.

"Kami mengutuk tindakan ini segera mengambil tindakan selepas menerima aduan. Kami menghargai pelbagai kaum yang bekerja di sini dan ia adalah sumber kekuatan pasukan ini." -Dailmail.co.uk

Mercedes, rasis, pecat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain