suria

Solskjaer tidak ragu-ragu terus bimbing Manchester United

Solskjaer yakin dia mampu membawa United ke kedudukan lebih baik.

PENGURUS Manchester United Ole Gunnar Solskjaer yakin dia adalah individu tepat untuk mengemudi kelab ini.

Solskjaer,46, memberitahu dia orang yang sesuai berada di Old Trafford walaupun kini pasukan berada di tangga ke-11 dengan lapan mata selepas enam perlawanan.

Pengurus kelahiran Norway itu berkata, dia boleh mendapat 20 kali kejuaraan untuk berdepan dengan juara bertahan Manchester City dan pendahulu liga, Liverpool.

"Saya tidak ragu-ragu dengan diri sendiri. Jika saya ragu-ragu, saya fikir semua orang akan rasa begitu.

"Kami telah banyak berbincang dan kelab percaya apa yang kami lakukan walaupun dua pasukan teratas musim lalu (Liverpool dan City) sangat jauh berada di depan kami.

"Tetapi kami kami akan berada di belakang sana. Chelsea juga melalui tempoh yang sama dalam membina pasukan. Juga Arsenal, Tottenham, kami, Leicester. Banyak pasukan yang mahukan posisi itu yang akan kami duduki," jelasnya.

United masih belum mendapat rentak cemerlang Solskjaer ketika dia menjadi pengurus sementara Mac lalu.

Solskjaer turut berdepan dengan kritikan apabila dia gagal menggantikan Romelu Lukaku yang berpindah ke Serie A bersama Inter Milan bulan lalu. -eurosport

Artikel Lain