suria

Sah! Arsenal ada 5 kapten, Xhaka pilihan nombor 1

Granit Xhaka. Foto Reuters

UNAI Emery menegaskan bahawa dia mempercayai Granit Xhaka selepas mengesahkan pemain tengah itu adalah kapten Arsenal yang baharu.

Pemain antarabangsa Switzerland itu memakai armband dalam enam lapan perlawanan pembukaan Arsenal musim ini tetapi Emery melengah-lengahkan mengumumkan keputusannya, membolehkan pemainnya membuat undian sendiri mengikut pilihan mereka sebagai kapten.

Emery bagaimanapun lebih memilih mempunyai kumpulan kepimpinan yang terdiri daripada lima pemain.

Pengurus itu mendedahkan bahawa Pierre-Emerick Aubameyang, Hector Bellerin, Alexandre Lacazette dan Mesut Ozil akan membarisan senarai kapten mengikut turutan sekiranya Xhaka tidak bermain. - Mirror UK


Unai Emery, Arsenal, Granit Xhaka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain