Chelsea pertimbang bekas pembantu jurulatih ganti Sarri jika dipecat - Sukan | mStar

Chelsea pertimbang bekas pembantu jurulatih ganti Sarri jika dipecat

Holland cemerlang bersama Southgate.

CHELSEA telah mengenal pasti bekas jurulatih dan pembantu pengurus England, Steve Holland sebagai calon pengganti Maurizio Sarri sekiranya dia dipecat.

Meskipun berjaya memacu Chelsea mara ke kelompok 16 pasukan terakhir pada aksi Liga Europa, kedudukan Sarri kini bagaikan sudah dihujung tanduk selepas anak buahnya tewas pada aksi Piala FA ditangan Manchester United dan kalah besar 6-0 kepada Manchester City.

Nasib Sarri kini bergantung kepada keputusan aksi final Piala Carabao menentang City sebelum melayan kunjungan Tottenham Hotspur di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Jika Chelsea tewas, The Telegraph melaporkan Sarri bakal dipecat dan kedudukannya akan diisi Holland sehingga hujung kempen musim ini.

Maurizio Sarri.

Meskipun pembantu Sarri, Gianfranco Zola disebut-sebut sebagai pengganti sementara, Chelsea mahukan Holland sekiranya Persatuan Bola Sepak England (FA) membenarkannya untuk menjalankan dua tugas serentak.

Holland tahu selok-belok Chelsea dan pernah menjadi sebahagian daripada pasukan kejurulatihan bersama enam bekas pengurus terdahulu.

Sebelum meninggalkan Stamford Bridge untuk menyertai Gareth Southgate dan England, Holland merupakan pembantu kepada Antonio Conte.

Holland juga pernah bekerjasama dengan beberapa bekas pengurus seperti Andre Villas-Boas, Roberto Di Matteo, Rafael Benitez, Jose Mourinho dan Guus Hiddink.

Pembantu jurulatih berusia 48 tahun itu turut hadir menyaksikan perlawanan membabitkan Chelsea menentang Manchester United dan Malmo di Stamford Bridge. - Metro.co.uk

Chelsea , Steve Holland

Artikel Sebelum

Kedah kekal di persada Liga Super

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain