suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rabiot pecat ibu sendiri selepas gagal pindah ke Barcelona

Rabiot terpaksa berlatih dengan pemain muda PSG selepas minta untuk berpindah kelab. - Talk Sport

BINTANG Paris Saint-Germain, Adrien Rabiot mengupah ejen baharu selepas memecat ibunya sendiri kerana gagal berpindah ke Barcelona.

Dengan baki enam bulan lagi kontrak di Parc des Princes, pemain tengah itu kelihatan bersedia untuk berpindah ke Sepanyol dalam perjanjian bernilai €40 juta (RM184 juta).

Bagaimanapun, perjanjian itu gagal menjadi kenyataan selepas pihak Rabiot tidak menyelesaikan rundingan antara mereka.

Menurut Sport, ibu Rabiot berjanji kepada kliennya bahawa dia akan melihat tawaran Barcelona untuk memuktamadkan butiran perpindahannya, tetapi ia tidak pernah dilaksanakan.

Pemain berusia 23 tahun itu akhirnya menggantikan ibunya dengan ejen baharu dalam persediaan kontrak yang akan tamat pada akhir musim.

Selepas berselisih faham dengan bos PSG Thomas Tuchel, Rabiot diletakkan untuk bermain dengan pasukan bawah-23 dan akan kekal di sana sepanjang musim ini. - Talk Sport

Adrien Rabiot

Artikel Lain