suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Gaya rambut Pogba tidak lagi berubah sejak kehadiran Solskjaer" - Cantona

Pogba kelihatan lebih yakin dan gembira sejak kehadiran Solskjaer.

LEGENDA bola sepak, Eric Cantona mengakui Ole Gunnar Solskjaer memberi impak besar kepada Manchester United.

Bekas pemain United itu memuji pengurus sementara itu yang berjaya memberi dorongan kepada bintang pemain tengah Paul Pogba untuk lebih menyerlah.

"Paul Pogba hebat sekarang. Ole telah menemui posisi yang sesuai dengannya, dia mempunyai visi dan hantaran, dia boleh menjaringkan gol serta pembantu penjaring, permainan tersusun dan juga bertahan," jelasnya kepada Paddy Power.

"Dia menyusun permainan dan setiap kali dia mendapat bola, dia menjadi bahaya. Apa sahaja boleh berlaku."

Cantona,52, menyedari Pogba semakin banyak beraksi dan cemerlang berbanding sebelum ini.

"Sejak ketibaan Ole, dia tidak lagi menukar gaya rambut. Mungkin dia telah membuatkan Poga sedar keutamaan adalah bermain bola sepak.

"Pertama anda perlu hebat di padang dan selepas itu anda boleh melakukan perkara lain. Jika anda hilang tumpuan kerana sentiasa fikirkan gaya rambut daripada bola sepak, ia tidak bagus.

"Jika mereka jaringkan gol dan menang, mereka boleh ubah penampilan rambut - ia tiada masalah. Tetapi pertama, tumpuan. Fikir untuk menang dan bola sepak," ujarnya.

United hanya tewas satu perlawanan dalam 13 aksi di bawah pengurusan Solskjaer dan berjaya mengubah suasana positif di Old Trafford.-Dailymail.co.uk

Eric Cantona, Paul Pogba

Artikel Lain