suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zidane tetap berminat ke Stamford Bridge, Chelsea disekat dua tahun bawa masuk pemain

ZINEDINE Zidane tetap berminat untuk ke Stamford Bridge biarpun Chelsea dilarang membuat sebarang perpindahan pemain selama dua tahun.

The Blues digantung dua tahun oleh Fifa gara-gara mengikat 29 pemain muda secara tidak sah, namun kelab dijangka akan membuat rayuan menjelang jendela perpindahan pemain hujung musim ini.

Chelsea digantung sehingga akhir Januari 2020 dan didenda 460 ribu pound. Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) juga turut didenda 390 ribu pound kerana gagal memantau perekrutan pemain muda kelab di bawah kuasanya.

Sementara itu kedudukan pengurus Maurizio Sarri semakin tertekan dengan keputusan buruk pasukan sekaligus timbul beberapa nama calon menggantikannya.

Zidane dikatakan masih mahukan tugas itu walaupun kemungkinan tanpa pemain-pemain baharu kerana penggantungan tersebut.

Dia juga akan diberi 200 juta pound untuk pembelian pemain.

Zidane masih bercuti selepas melepaskan tugasnya di Real Madrid lalu dengan rekod cemerlang tiga trofi Liga Juara-Juara berturut-turut.-Dailymail.co.uk

Zinedine Zidane, Chelsea

Artikel Lain