suria

Melaka United sah ikat Zainal Abidin

Zainal Abidin

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Melaka (Musa) sah melantik bekas jurulatih Pahang, Selangor dan Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan selaku ketua jurulatih bagi membimbing pasukan itu untuk musim 2019.

Timbalan Presiden Musa, Datuk Yusoff Mahadi berkata, bekas legenda Selangor ini bakal menandatangani perjanjian dalam masa terdekat.

"Keputusan melantik Zainal Abidin selaku pengendali skuad Hang Tuah telah mendapat persetujuan daripada Presiden Musa, Adly Zahari.

"Zainal akan hadir ke Melaka untuk menandatangani surat persetujuan membimbing pasukan dalam masa terdekat," jelasnya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran F:30 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Rabu.

Jelas Yusoff, pengalaman yang ada pada Zainal Abidin menjadi salah satu faktor dia dipilih untuk mengendali skuad musim baharu nanti.

"Selaku pemain berpengalaman dan bekas jurulatih beberapa pasukan, kami lihat Zainal adalah calon terbaik membimbing pasukan.

"Berhubung sasaran yang perlu dicapai, rasanya lebih wajar tunggu pengumuman presiden," katanya.

Untuk rekod, skuad Hang Tuah menamatkan saingan Liga Super musim ini ditangga ketujuh keseluruhan.


Zainal Abidin, Melaka

Artikel Berikut

Artikel Lain