suria

Atlet renang, kekasih maut dalam kebakaran

Punca kebakaran masih disiasat.

SEORANG perenang remaja yang berpotensi untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 maut dalam satu kebakaran di sebuah rumah.

Perenang yang mewakili Britain pada Sukan Remaja Komanwel, Tazmin Pugh, 18, ditemui maut di sisi seorang lelaki berusia 21, dipercayai teman lelakinya, Josh Kirk.

Insiden berlaku di sebuah kediaman di Cotheridge, Worcestershire pada Ahad.

Punca kebakaran belum diketahui tetapi polis berkata tiada siapa dipanggil untuk membantu siasatan kes tersebut.

Tazmin Pugh.

Kira-kira 30 anggota bomba dikejarkan ke lokasi untuk memadam kebakaran selepas menerima panggilan sebelum pukul 8 malam Ahad lalu.

Worcester News melaporkan pasukan paramedik daripada ambulans yang melalui kawasan kediaman itu terlihat api yang sedang marak dan berhenti untuk membantu sebelum polis dan anggota bomba tiba.

Tazmin memenangi pingat emas untuk Britain dalam acara gaya kuak lentang pada Kejohanan Renang Remaja Eropah pada 2016 di London.

Dia turut merangkul pingat gangsa dalam acara 200 meter individu medley pada Sukan Komanwel 2015 di Samoa. - news.sky.com

perenang, kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain