suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain bola di Brazil ditemui mati, kepala nyaris putus, kemaluan dipotong

Daniel Correa ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Foto Golders/Coritiba

SEORANG pemain bola sepak profesional ditemui mati dalam belukar dengan kepalanya nyaris putus dan kemaluannya dipotong.

Polis berkatam Daniel Correa, 24, dibunuh dengan kejam dalam keadaan yang mengerikan.

Mayat pemain tengah Sao Paulo di Brazil itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu di Sao Jose dos Pinhais, di wilayah Curitiba.

Beberapa laporan di Brazil mendakwa punca kematian disebabkan oleh kecederaan akibat pisau.

Menurut media tempatan, mangsa kemungkinan diseksa sehingga mati.

Seorang pegawai polis berkata: "Ia merupakan keadaan yang sangat kejam berikutan penemuan mayat itu."

Correa menyertai Sao Paulo pada 2014, tetapi baru-baru ini dipinjamkan ke Sao Bento.

Pemain tersebut mempunyai kontrak bersama Sao Paulo sehingga Disember tahun ini.

Kelab Sao Paulo dalam satu kenyataan berkata: "Kelab Bola Sepak Sao Paulo amat berduka cita di atas kematian pemain tengah, Daniel Correa Freitas.

"Kelab bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau," tambah kenyataan itu. - Mirror Online

Daniel Correa, Sao Paulo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain