Woodward Tidak Ke AS Untuk Selesaikan Dua Perpindahan - Sukan | mStar

Woodward Tidak Ke AS Untuk Selesaikan Dua Perpindahan

KETUA Eksekutif Manchester United, Ed Woodward dilapor tidak bersama skuad berkenaan di Amerika Syarikat (AS) kerana sedang melengkapkan dua perpindahan bernilai £95 juta.

Selepas berjaya membawa Romelu Lukaku dengan yuran perpindahan sebanyak £75 juta pada Isnin, kini Woodward sedang menyelesaikan urusan mendapatkan Ivan Perisic dan Eric Dier.

Daily Mail melaporkan, orang penting United itu dikatakan sedang melakukan urusan terakhir untuk membawa kedua-dua pemain berkenaan ke AS.

Inter Milan dilapor menetapkan pendirian untuk menjual Perisic pada harga £48 juta walaupun United sedia membayar £45 sahaja.

Perpindahan itu dijangka dapat diselesaikan secepat mungkin kerana Perisic juga tidak lagi pulang ke Milan untuk menjalani latihan bersama Inter.

Selain itu, Dier yang menjadi keutamaan Jose Mourinho dilihat akan kekal bersama Tottenham.

Namun usaha terakhir Woodward akan menjawab segala persoalan yang timbul mengenai status perpindahan kedua-dua pemain tersebut.

Manchester United , Inter Milan

Artikel Sebelum

Alves Buat Pusingan ‘U’

Artikel Berikut

Perpindahan: Mbappe Beli Rumah Baharu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain