Kalah RM2.7 Juta Dalam Tempoh 2 Jam - Sukan | mStar

Kalah RM2.7 Juta Dalam Tempoh 2 Jam

AKSI Rooney berjudi di sebuah kasino di Manchester dirakamkan oleh pengunjung lain. - Mirror

MASA depan Wayne Rooney bersama Manchester United masih belum pasti selepas dia lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan di bawah pengurusan bos baharu, Jose Mourinho.

Mungkin disebabkan itu, Rooney memilih cara tersendiri untuk menghabiskan masa dengan berjudi disebabkan sering dipinggirkan pengurus kelahiran Portugal tersebut.

Terbaharu, pemain berusia 31 tahun itu dilaporkan mengalami kerugian sebanyak 500,000 pound sterling (RM2.7 juta) dalam tempoh dua jam sahaja pada Sabtu selepas berjudi di sebuah kasino di Manchester.

Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, pada satu masa, Rooney memperjudikan 4,000 pound sterling (RM22,381) dalam tempoh seminit dan mengalami kekalahan.

"Dia (Rooney) bertindak semberono dengan menghabiskan banyak duit ketika berjudi.

"Dia cuba menampung kerugian apabila berjudi dengan jumlah yang lebih besar, tetapi keadaan semakin buruk.

"Semua pengunjung dalam kasion tersebut memerhatikan gelagatnya dan terkejut dengan kekalahan yang dialaminya," kata saksi tersebut menurut laporan portal Mirror.

Tabiat buruk Rooney itu didedahkan ketika dunia bola sepak Britain digemparkan dengan skandal perjudian termasuk hukuman penggantungan 18 bulan ke atas pemain Burnley, Joey Barton kerana terlibat dalam pertaruhan bola sepak.

Kerugian terbaharu Rooney itu bakal mencetuskan 'perang' rumahtangga dengan isterinya, Coleen yang kini sedang bercuti bersama anak mereka, Kai, Klay dan Kit.

Pasangan suami isteri itu dilapor pernah bertengkar selepas Rooney mengalami kekalahan sebanyak 50,000 pound sterling (RM270,000) ketika di awal perhubungan mereka.

Wayne Rooney

Artikel Sebelum

Larian Obor KL2017 Tiba Di Johor

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain