suria

Lionel Messi Cipta Rekod Baru Liga Juara-Juara

Messi kini penyandang rekod baru penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam Liga Juara-Juara Eropah.

> Lionel Messi kini telah menjaringkan 74 gol dalam Liga Juara-Juara Eropah

> Rekod terdahulu dipegang oleh penyerang Real Madrid Raul

> Messi menjaringkan gol hatrik menentang APOEL Nicosia pada Rabu

> Cristiano Ronaldo kini berada di tempat ketiga dengan 70 gol

PENYERANG Barcelona, Lionel Messi telah memecah rekod baru Liga Juara-Juara Eropah apabila dia menjaringkan gol yang ke-74 menjadikannya penjaring gol terbanyak sepanjang zaman mengatasi rekod yang selama ini disandang oleh penyerang legenda Real Madrid, Raul.

Pemain antarabangsa Argentina itu yang berusia 27 tahun menjaringkan gol yang ke-72, 73 dan 74 ketika menentang APOEL Nicosia pada awal pagi Rabu (waktu Malaysia) dalam perlawanan peringkat Kumpulan.

Dia telah pun mencipta sejarah dengan menyamai rekod Raul dalam perlawanan menentang Ajax Amsterdam pada awal November, tetapi hatrik yang dihasilkannya menentang APOEL sudah memadai untuk meletakkannya sebagai penjaring terulung di Eropah.

Dan pada usia 27 tahun, dia masih boleh terus mencipta sejarah baru untuk tempoh tiga hingga lima tahun lagi.

Sabtu lalu Messi turut mencipta sejarah baru La Liga dengan muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan menjaringkan hatrik ketika menentang Sevilla.

Satu-satunya pesaing terdekatnya dalam Liga Juara-Juara ialah Cristiano Ronaldo yang kini berada di tangga ketiga dengan 70 gol.

Real Madrid akan menentang FC Basle dari Switzerland pada awal pagi Khamis.

Ronaldo hanya memerlukan empat gol lagi untuk menyamai rekod Messi.

PEMEGANG REKOD PENJARING TERBANYAK LIGA JUARA-JUARA:

1. Lionel Messi (Barcelona) - 74 gol

2. Raul (Real Madrid, Schalke) - 71

3. Cristiano Ronaldo (Manchester United, Real Madrid) - 70

4. Ruud van Nistelrooy (PSV Eindhoven, Manchester United, Real Madrid) - 56

5. Thierry Henry (Monaco, Arsenal, Barcelona) - 50

DENGAN SIAPA MESSI MENJARINGKAN GOL:

8 - AC Milan

6 - Ajax, Arsenal, Bayer Leverkusen

4 - Spartak Moscow, Panathaniakos

3 - Celtic, Lyon, Shakhtar Donetsk, Copenhagen, Viktoria Plzen, Stuttgart, APOEL Nicosia

2 - Basel, Bayern Munich, Man United, Dynamo Kiev, Real Madrid, BATE, PSG, Man City

1 - Werder Bremen, Rangers, Sporting Lisbon


Messi, Ronaldo, Raul, Barcelona, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain