suria

QPR Yakin Bantu Buka Minda Anak Tempatan

KOTA KINABALU: Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar yakin jelajah Sesi Klinik Latihan AirAsia-QPR 2014 dapat membuka minda anak-anak tempatan menceburi bidang sukan bola sepak di peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata sesi klinik berkenaan memberi pendedahan kepada anak-anak tempatan mengenai rutin latihan pemain profesional antarabangsa sekaligus dapat menimba pengalaman bersama jurulatih- jurulatih pasukan profesional QPR.

"Mereka begitu teruja dengan kedatangan kami. Kami beri mereka cara latihan yang baharu. Kami dedahkan mereka dengan rutin latihan pasukan profesional kelab bola sepak QPR, pasukan yang bertanding di Liga Perdana Inggeris (EPL),”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena program 'QPR ChoachingClinic Tour 2014' bersama pelajar sukan bola sepak Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojunti, pada Selasa.

Turut hadir, Ketua Pegawai Ekskutif QPR (Community Trust) Andy Evans dan Pengetua SMK Datuk Peter Mojuntin, Nurani Fauziah Derin. |

Menurut Aireen, seorang daripada pelajar bertuah di setiap lokasi yang mereka lawati akan dipilih untuk dibawa ke Loftus Road, London, bagi melihat sendiri pemain QPR berlatih.

“Majoriti anak-anak tempatan tidak berpeluang melawat luar negara, pengetahuan mereka terhad hanya kepada persekitaran mereka.  

Jadi ini adalah peluang mereka untuk menimba pengalaman di luar sana,” katanya.

Beliau berkata program jelajah berkenaan dimulakan sejak tahun 2013 dan bagi tahun ini, Sabah merupakan lokasi terakhir daripada enam jelajah seluruh Asia oleh Kumpulan Syarikat AirAsia itu.

Evans pula berkata dengan usaha sama serta pemilikan kepentingan QPR oleh AirAsia, tidak  mustahil suatu hari nanti akan ada bakat terbaik anak tempatan Malaysia dapat dibawa masuk bermain bersama pasukan QPR. 

QPR, Klinik Latihan AirAsia-QPR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain