suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Herrera Tampil Cemerlang Selepas Cedera

ANDER HERRERA membuat penampilan sulung yang bertenaga selepas berehat panjang akibat kecederaan dengan membantu skuad bawah 21 tahun Manchester United membelasah Blackburn Rovers 5-0 pada Selasa.

Pemain tengah itu terpaksa direhatkan selepas cedera ketika mewakili skuad utama United menentang West Ham.

Bagaimanapun, ketika beraksi sebagai seorang daripada tiga pemain tengah, Herrera tampil cemerlang untuk menguasai kawasan lawan.

Ander Herrera returns from injury with goal for Man Utd U21s

Aksi Herrera bermula perlahan dalam perlawanan itu sebelum dia memperolehi rentak sebagai pemain perancang.

Keadaan Herrera yang pulih daripada kecederaan itu merupakan antara berita gembira buat Louis Van Gaal sebagai persediaan menghadapi perlawanan seterusnya.

Berikutan itu, pemain terbabit dijangka bakal diturunkan pada perlawanan menentang Hull City pada Sabtu ini.  

Manchester United, Ander Herrera

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain