suria

Penerju Negara Antara 10 Terbaik Dunia

Pandelela kini pada kedudukan ke empat terbaik dunia.

PETALING JAYA: Penerjun negara, terutama pasukan wanita kini berada pada kedudukan membanggakan apabila sekurang-kurangnya seorang daripada mereka menduduki senarai 10 terbaik dunia.

Laporan Fina Diving World Ranking itu dikeluarkan selepas Grand Prix Terjun Malaysia bulan lalu.

Malaysia mengekalkan kedudukan di tangga ke tiga untuk platform  seirama wanita berdasarkan pencapaian pingat perak yang dimenangi Leong Mun Yee dan Cheong Jun Hoong di Shanghai pada Julai.

Hanya tiga keputusan terbaik dalam tempoh 12 bulan diambil kira dan dibahagi kepada tiga. Purata markah akan menentukan kedudukan penerjun secara individu atau gabungan untuk acara seirama.

Markah yang diperoleh negara berdasarkan penyertaan pada kejohanan dunia (43 mata) dan dua lagi keputusan adalah tempat kedua yang diperoleh Pandelela Rinong-Mun Yee (33 mata) di Dubai pada Mac dan Pandelela-Jun Hoong yang mendapat tempat ke dua bulan lalu (33 mata).

Keseluruhannya, Malaysia memperoleh 113 mata, di mana selepas dibahagi tiga akan mendapat 36.33 mata.

Malaysia menduduki tempat ke lima untuk papan anjal seirama, ia hasil sumbangan pencapaian baik Pandelela, Jun Hoong, Wendy Ng dan Nur Dhabitah Sabri.

Pandelela kini berada pada kedudukan ke empat dunia selepas memenangi perak pada kejohanan siri dunia di Beijing dan Dubai untuk kategori platform 10 meter individu.

Jun Hoong pula kini berada antara 10 terbaik dunia, pencapaian ini adalah yang pertama kali sepanjang penglibatan beliau dalam bidang ini.

Pemenang Sukan Komonwel, Ooi Tze Liang adalah yang paling menyerlah di kalangan penerjun lelaki apabila kini menduduki tempat ke 12 dunia, berbanding tangga ke 28 sebelum ini.


Pandelela Rinong, penerjung, Fina

Artikel Sebelum

Artikel Lain