suria

Lionel Messi Tak Akan Bersama Man City - Pellegrini

Lionel Messi
PENGURUS Manchester City Manuel Pellegrini menolak 'khabar angin' bahawa kelab itu mungkin akan cuba mendapatkan khidmat superstar Barcelona, Lionel Messi.

Masa depan Messi di Barca telah menjadi subjek spekulasi baru-baru ini di mana dia memegang status wira Argentina di Nou Camp berserta rekod jaringan gol luar biasanya.

Pemain berusia 27 tahun itu menjaringkan hatrik menentang Sevilla hujung minggu lalu untuk menjadi pendahulu penjaring gol dalam sejarah La Liga.

Messi telah bermain untuk Barcelona sejak berusia 13 tahun tetapi ketidakpastian daripada beberapa komen yang agak samar-samar yang dibuat dalam media Argentina dan pertikaian yang berterusan dengan pihak berkuasa Sepanyol ke atas isu-isu cukai menjadi punca spekulasi.

City adalah salah sebuah daripada beberapa kelab di dunia yang mempunyai kewangan dan status untuk cuba menarik Messi.

Malah, Messi yang berlatih bersama juara Liga Perdana itu dengan Argentina sebelum perlawanan persahabatan dengan Portugal di Old Trafford juga menambah minyak kepada spekulasi yang mengaitkannya dengan kelab itu.

Tetapi Pellegrini berkata: "Khabar angin tetap hanya khabar angin.

"Apa yang dia lakukan adalah luar biasa dan terdapat hanya beberapa pemain yang boleh mencapai tahap itu. Rekodnya telah mencerminkan bagaimana dia begitu penting untuk Barcelona."

Pellegrini berkata demikian pada sidang akhbar di Stadium Etihad untuk pratonton perlawanan Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich minggu ini.

Rakan pasukan antarabangsa Messi, Martin Demichelis yang merupakan pemain pertahanan City turut hadir tetapi dia terlalu memandang ringan laporan yang mengaitkan kelab itu dengan pemain Barcelona itu.

Demichelis berkata: "Saya gembira untuk rekodnya. Bagi saya ia bukan satu kejutan lagi, apa yang dia lakukan.

"Saya tidak fikir saya perlu memberi pendapat mengenai khabar angin sebelum apa-apa permainan yang penting."

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain