Rio 2016: Maskot Olimpik Dan Paralimpik Diperkenalkan - Sukan | mStar

Rio 2016: Maskot Olimpik Dan Paralimpik Diperkenalkan

Maskot Sukan Olimpik (kiri) dan Paralimpik 2016 diperkenalkan di Rio de Janeiro, Brazil pada Isnin.

MASKOT Sukan Olimpik dan Paralimpik 2016 diperkenalkan secara rasmi kepada umum pada Isnin.

Maskot bagi Sukan Olimpik mewakili fauna di Brazil dengan menggabungkan tiga haiwan iaitu 'lincah seperti kucing', 'tangkas seperti monyet' dan 'berkuasa seperti burung'.

Manakala maskot untuk Paralimpik menggabungkan flora yang hanya boleh ditemui di negara itu.

Bagaimana pun nama dua maskot ini akan diumumkan pada 14 Disember ini.

Antara cadangan nama yang disenarai pendek termasuk 'Oba dan Eba', 'Tiba Tuque dan Esquindim' atau 'Vinicius dan Tom'.

"Maskot Rio 2016 mewakili pelbagai budaya dan masyarakat negara ini," jelas Pengarah Penjenamaan Rio 2016, Beth Lula.

Sukan Olimpik Brazil 2016

Artikel Sebelum

PPS Terima Surat Rayuan Dari PKBM

Artikel Berikut

Artikel Lain