Goh Nafi Rashid Bakal Letak Jawatan - Sukan | mStar

Goh Nafi Rashid Bakal Letak Jawatan

Rashid (tiga dari kanan) meraikan kejayaan pasukan badminton bergu campuran negara pada Sukan Komanwel Glasgow 2014 baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh menafikan laporan media tempatan berhubung hasrat Ketua Jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek yang dikatakan mahu meletakkan jawatan dalam tempoh terdekat.

Beliau sebaliknya menegaskan bekas pemain negara era 90-an itu mahu berehat selepas kembali daripada Sukan Komanwel 2014 di Scotland, baru-baru ini dan hanya akan kembali bertugas, Rabu ini.

"Rashid menghubungi saya semalam bagi menyambung cuti sebelum kembali bertugas pada Rabu ini...Kita masih anggap beliau kekal bersama kita dan saya tidak tahu menahu khabar angin mengatakan beliau akan meletak jawatan (dalam tempoh terdekat).

"Memandangkan kita bakal menghadapi dua kejohanan utama iaitu Sukan Asia di Korea Selatan yang bermula 19 September ini, selain Kejohanan Dunia di Denmark pada 22 Ogos, lebih elok kita memberi keutamaan kepada perkara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis undian kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di sini, Isnin.

Goh berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai laporan media baru-baru ini yang dipetik sebagai berkata, Rashid berhasrat meletak jawatan ekoran 'perang dingin' dengan Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

Hubungan dua individu berkenaan dikatakan dingin selepas mereka saling menuding jari di atas prestasi hambar perseorangan lelaki negara, Liew Daren yang kalah mengejut kepada Kashyap Parupalli dari India pada suku akhir temasya Sukan Komanwel 2014 di Scotland, baru-baru ini.

Seorang lagi wakil negara, Chong Wei Feng turut mempamerkan aksi mengecewakan selepas terkandas di peringkat yang sama kepada pemain tidak ternama dari India, R. M. V. Gurusaidutt pada temasya itu.

Rashid sebelum ini pernah meletak jawatan selepas tidak berpuas hati dengan campur tangan bekas Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat Bam, Tan Aik Mong mengenai corak latihan pemain negara, sebelum kembali semula ke pangkuan badan induk badminton negara.

Goh berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat pada Rabu ini bagi membincangkan pelbagai perkara namun enggan mengesahkan sama ada isu pergeseran antara Tengku Mahaleel dan Rashid akan turut dibincangkan.

Pada Sukan Komanwel 2014, skuad badminton negara meraih tiga pingat emas menerusi acara berpasukan campuran, Goh V Shem/Tan Wee Kiong (beregu lelaki), selain gandingan Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei dalam acara beregu wanita.

Rashid Sidek , Kenny Goh , BAM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain