Impian Liverpool Rebut Juara EPL Musnah, Seri Dengan Crystal Palace - Sukan | mStar

Impian Liverpool Rebut Juara EPL Musnah, Seri Dengan Crystal Palace

Pemain tengah Liverpool, Steven Gerrard (kanan) cuba menenangkan penyerang, Luis Suarez (kiri) selepas tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris antara pasukan itu dengan Crystal Palace di Selhurst Park di selatan London. Foto AFP

SETELAH dikalahkan dengan Chelsea, Liverpool kembali tewas dalam perebutan mata yang kritikal dalam merebut gelaran juara Liga Perdana Inggeris 2013/14. 

Pasukan The Reds itu terpaksa meninggalkan hasrat itu apabila memperoleh jaringan 3-3 ketika menentang Crystal Palace di Selhurst Park.

Tambahan satu mata itu membawa Liverpool ke puncak sementara buat Liga Perdana Inggeris dengan 81 mata menghampiri Manchester City.

Bagaimanapun, Manchester City kembali ke puncak apabila akan dapat menewaskan Aston Villa pada Khamis. Bahkan City unggul dengan kelebihan dua mata berbanding Liverpool.

Pada perlawanan yang berlangsung di Selhurst Park, pasukan di bawah pengurus Brendan Rodgers sebenarnya lebih dulu mengungguli 3-0 selama 55 minit.

Ketiga-tiga jaringan dibuat oleh Joe Allen (18'), Daniel Sturridge (53') dan Luis Suarez (55').

Bagaimanapun, Crystal Palace kembali mengatasi jaringan pada baki 21 minit perlawanan. Tuan rumah itu akhirnya bangkit dan mencatatkan tiga jaringan dengan sepakan Damien Delaney (79') dan Dwight Gayle (81' dan 88'). 

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 3-3.

Barisan pemain:

Crystal Palace: 1-Julian Speroni; 2-Joel Ward, 3-Adrian Mariappa, 6-Scott Dann, 27-Damien Delaney; 7-Yannick Bolasie, 8-Kagisho Dikgacoi, 13-Jason Puncheon (16-Dwight Gayle 65), 15-Mile Jedinak; 28-Joe Ledley, 29-Marouane Chamakh (17-Glenn Murray 71).

Liverpool: 22- Simon Mignolet; 2-Glen Johnson, 17-Mamadou Sakho, 37-Martin Skrtel, 38-John Flanagan; 8-Steven Gerrard, 21-Lucas Leiva, 24-Joe Allen, 31-Raheem Sterling (10-Philippe Coutinho 78); 7-Luis Suarez, 15-Daniel Sturridge (12-Victor Moses 86).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A Itali

Artikel Berkaitan

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain