suria

Chong Wei Tidak Sabar Tunggu Kehadiran Kingston

Mew Choo akan melahirkan permata hatinya dan Chong Wei pada Jumaat.
Mew Choo akan melahirkan permata hatinya dan Chong Wei pada Jumaat.
Mew Choo akan melahirkan permata hatinya dan Chong Wei pada Jumaat.

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengulangi nama Kingston Lee sebanyak tiga kali dan amat menyukai nama tersebut.

Ia merupakan nama bayi lelaki kepada Chong Wei dan isterinya, Datin Wong Mew Choo yang akan melahirkan anak sulung mereka menerusi kaedah pembedahan Caesarean di sebuah hospital swasta pada Jumaat.

Pemenang dua kali pingat perak Sukan Olimpik itu berkata, beliau amat gementar dan berdebar tetapi teruja menantikan detik bergelar bapa.

"Apa yang saya mahukan untuk mereka adalah, isteri dan anak saya selamat dan sihat.

"Ini adalah anak sulung saya dan pelbagai emosi bermain di fikiran saya.

"Saya tidak sabar untuk mendukungnya," katanya.

Chong Wei yang terpaksa melupakan aksi Piala Axiata demi mahu menemani isteri di hospital berkata, beliau menyerahkan kepada Mew Choo untuk memilih anak sulung mereka.

"Dia ada senaraikan dua, tiga nama, tetapi daripada semua nama yang disebut, Kingston terus melekat di hati kami... Nama itu sedap didengar.

"Saya tidak tahu apakah makna Kingston tetapi saya dan isteri suka sangat dengan nama itu," ujar Chong Wei.

Bagaimanapun Chong Wei berkata, dia dan isteri masih belum memilih nama Cina untuk anak sulung mereka kerana menurut kepercayaan kaum Tionghua tidak elok memberi nama kepada anak yang belum lahir.

Chong Wei, 30, pada awalnya dijangka menguatkan cabaran Malaysia pada pusingan kalah mati Piala Axiata yang berlangsung di Stadium Badminton Kuala Lumpur hujung minggu ini, namun terpaksa melupakan hasrat tersebut bagi menemani isteri.

Dia bagaimanapun akan kembali beraksi pada Siri Super Terbuka India, 23-28 April ini dan Grand Prix Emas Terbuka Malaysia sebelum mengetuai cabaran Piala Sudirman, 19-26 Mei.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain