suria

Seluruh Dunia Tertumpu United Lwn Madrid Awal Pagi Ini

SELURUH pencinta bolasepak dunia akan tertumpu ke Old Trafford awal pagi ini (waktu Malaysia) untuk menyaksikan perlawanan paling dinanti-nantikan iaitu Manchester United menentang Real Madrid dalam perlawanan pusingan kedua kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Pengurus Real, Jose Mourinho percaya perlawanan ini jauh lebih hebat daripada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung di Stadium Wembley Mei depan.

Dengan perlawanan pusingan pertama terikat 1-1, Mourinho percaya perlawanan di Old Trafford itu akan tercatat dalam sejarah sebagai perlawanan bertaraf klasik.

Pemenang perlawanan hari ini akan melangkah ke pusingan suku akhir yang akan dimainkan dalam bentuk timbal-balik.

Manchester United dan Madrid kini sedang berada di puncak prestasi dengan United mendahului Liga Perdana Inggeris 12 mata di atas penyandang juara dan musuh ketat, Manchester City serta berjaya melangkah ke suku akhir Piala FA.

Madrid walaupun masih berada di tangga ke-3 liga tetapi telah mencatatkan kemenangan berturut-turut ke atas Barcelona - pertama dalam perlawanan Piala Sepanyol dan selepas itu dalam perlawanan liga.

Saksikan siaran langsung perlawanan klasik ini menerusi saluran Astro 817 pada pukul 3.45 pagi (Rabu).

Lain-lain perlawanan adalah seperti berikut;

> B.DORTMUND lwn S.DONETSK (Astro 816; 3.45 pagi Rabu). Keputusan perlawanan pertama 2-2.

> PSG lwn VALENCIA (Astro 817; 3.45 pagi Khamis). Perlawanan pusingan pertama 2-1.

> JUVENTUS lwn CELTIC (Astro 816; 3.45 pagi Khamis). Perlawanan pusingan pertama 3-0.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain