35 Pemain Dipilih Untuk Projek Belia Dunia 2019 - Sukan | mStar

35 Pemain Dipilih Untuk Projek Belia Dunia 2019

KUALA TERENGGANU: Seramai 35 pemain muda telah dipilih untuk program pembangunan skuad negara bagi menghadapi Kejohanan Bolasepak Belia Dunia Bawah 19 tahun pada 2019.

Ahli panel kejurulatihan Program Pembangunan Bolasepak Negara, Mat Nor Bidin berkata pemain tersebut dipilih daripada Kejohanan Antara Juara-Juara Bawah 12 tahun yang berakhir di sini Ahad.

Sebanyak 12 pasukan termasuk sebuah dari Indonesia menyertai kejohanan selama hari hari itu.

Mat Noor memberitahu Bernama hari ini bahawa kesemua pemain yang dipilih itu akan ditempatkan di dua buah sekolah sukan pada tahun depan iaitu di Akademi Bolasepak Pahang di Gambang dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor.

Beliau berkata sebagai langkah awal, pemain tersebut akan membuat persiapaan menghadapi Kejohanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bawah 13 tahun pada tahun depan.

Dalam pada itu, seramai 25 pemain bawah umur 10 tahun dipilih untuk persediaan menghadapi Kejohanan Belia Dunia bawah umur 17 pada 2019.

Mat Nor berkata pemain-pemain tersebut dipilih daripada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

Katanya kesemua pemain itu akan berkumpul lima kali setahun di Akademi Bolasepak Pahang di Gambang untuk menjalani latihan bermula akhir Januari depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan