suria

PM Ucap Tahniah Kepada Hasihin Raih Pingat Perak Paralimpik London

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengucapkan tahniah kepada pemanah elit paralimpik Malaysia Hasihin Sanawi, yang meraih pingat perak pada Sukan Paralimpik di London.

"Tahniah kepada pemanah paralimpik Malaysia Hasihin Sanawi yang memenangi Pingat Perak pada Paralimpik di London!," katanya dalam tweet terbaharu beliau.

Semalam, Hasihin tumpas kepada Oscar de Pellegrin dari Itali dalam pusingan penentuan selepas kedua-dua pemanah terikat 5-5 pada saingan akhir acara recurve individu lelaki W1/W2 di Lapang Sasar Memanah Royal Artillery Barracks dekat London.

Ia juga merupakan pingat pertama Malaysia pada Paralimpik London.

Malaysia diwakili 23 atlet yang bertanding dalam lapan jenis sukan iaitu memanah, olahraga, berbasikal, ping pong, powerlifting, renang, lawan pedang berkerusi roda dan perahu layar. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain