Terengganu Teruskan Program Bapa Angkat Untuk Atlet Sukma

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu akan meneruskan program pelantikan bapa angkat bagi memegang setiap satu acara pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) sebagaimana dilakukan pada Sukma ke-15 Pahang baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pelantikan bapa angkat itu dilakukan dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dilihat memberi kesan yang sangat positif kepada pencapaian cemerlang atlet yang bertanding pada Sukma edisi kali ini.

"Justeru itu, kita sebulat suara akan teruskan program ini untuk edisi Sukma seterusnya," katanya kepada pemberita di sini. Rabu.

Beliau berkata, program perlantikan bapa angkat itu akan dilakukan lebih awal menjelang Sukma ke-16 di Perlis pada 2014 bagi membolehkan mereka bersama membuat perancangan dengan lebih teliti berhubung sasaran kutipan pingat, latihan dan sebagainya.

"Idea pelantikan bapa angkat dalam kalangan wakil rakyat ini hadir menerusi perbincangan bersama dengan pegawai Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) untuk terus meningkatkan kecemerlangan sukan di negeri ini.

"Kita lihat dengan adanya bapa angkat ini, ia telah menunjukkan graf kemajuan yang memberangsangkan walaupun kita melantik mereka (bapa angkat) dalam jangka masa singkat sebelum atlet bertolak ke Pahang pada ketika itu," katanya.

Pelantikan bapa angkat dengan lebih awal itu nanti mampu memberi peluang kepada wakil rakyat untuk turut sama mengalas tanggungjawab bermula daripada sesi pemilihan atlet sehinggalah ke sesi latihan serta meletakkan sasaran pingat dalam acara sukan masing-masing.

"Justeru, kita mahu wakil-wakil rakyat ini nanti turut menggalas cabaran terlibat secara langsung untuk terus memajukan acara sukan yang di pimpin mereka.

"Begitupun kita juga akan terus meningkat pembangunan sukan-sukan lain yang agak ketinggalan seperti akuatik, gimrama, badminton dan sebagainya. Melalui sukan-sukan ini, kita sedikit ketinggalan dari segi kutipan pingat sepanjang Sukma ke-15," katanya.

Terengganu berjaya mencipta rekod apabila muncul juara keseluruhan buat kali keempat berturut-turut selepas Sukma ke-15 Pahang dengan meraih 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Thorgan Ikut Jejak Eden Ke Chelsea

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain