suria

Rangnick, Houllier Sertai Kepimpinan Kelab Salzburg

Ralf Rangnick
Ralf Rangnick
Ralf Rangnick

RALF Rangnick dan Gerard Houllier disahkan menyertai barisan kepimpinan pasukan juara Austria, Salzburg dengan jawatan yang berbeza.

Rangnick yang sebelum ini dikaitkan dengan jawatan kosong termasuk West Bromwich Albion dan Tottenham Hotspur sejak meninggalkan kelab Schalke September lalu.

Dia kini dilantik sebagai Pengarah Sukan Salzburg , manakala bekas pengurus Liverpool dan Aston Villa, Houllier akan memainkan peranan sebagai Pengarah Sukan Global.

Sementara itu Roger Schmidt dilantik sebagai ketua jurulatih kelab tersebut.

Schmidt tiba dari kelab Bundesliga Jerman 2, Paderborn dengan menggantikan Ricardo Moniz yang meninggalkan kelab secara mengejut selepas membantu menjulang trofi liga tahun lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain