suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Pelumba Basikal Negara Ungguli 'Criterium Race Mountain Bike Open'

LUNDU: Bekas pelumba basikal negara mengungguli 'Criterium Race Mountain Bike Open' anjuran Pejabat Daerah Lundu sempena sambutan ulang tahun ke-135 pejabat daerah itu.

Pelumba tempatan Mohamad Hafiz Rosli dari SBS Giant Racing Team muncul johan kategori terbuka lelaki Criterium, Nor Effendi Rosli dari Team DBKL (tempat kedua) dan Azizul Azli dari SBS Giant Racing Team.

Untuk kategori Master Lelaki Criterium pula tempat pertama diungguli oleh Nor Effendi Rosli dari Team DBKU, Molyono Maruki Matsum dari Team Indonesia (tempat kedua) dan Adrianus Van Aert dari Team Black Bear Kalber (tempat ketiga).

Sementara itu dalam kategori terbuka wanita Criterium tempat pertama dimenangi oleh Norismiza Azeman dari Team ACC, Laura Avila Adrian dari Team Corbusier (tempat kedua) dan Hajiah Abang Wahab dari Team Kuching di tempat ketiga.

Hadiah kepada semua pemenang disampaikan oleh anggota Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe di Stadium Mini Lundu di sini. - BERNAMA

Artikel Lain