suria

Euro 2012: Jerman Tempah Tiket Ke Separuh Akhir

Klose (kiri) meraikan jaringan ketiga perlawanan bersama Lahm pada aksi menentang Greece, awal pagi Sabtu.
Klose (kiri) meraikan jaringan ketiga perlawanan bersama Lahm pada aksi menentang Greece, awal pagi Sabtu.
Klose (kiri) meraikan jaringan ketiga perlawanan bersama Lahm pada aksi menentang Greece, awal pagi Sabtu.

PASUKAN Jerman menepati statusnya sebagai pasukan pilihan apabila melayakkan diri ke separuh akhir Euro 2012 dengan menumpaskan Greece 4-2 pada saingan suku akhir di Gdansk Arena, awal pagi Sabtu.

Kapten pasukan, Philipp Lahm berjaya meletakkan pasukannya mendahului 1-0 pada minit ke-39.

Namun penyerang Greece, Georgios Samaras mengejutkan lawan pada babak kedua untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Kedudukan terikat 1-1 tidak menggugat percubaan anak buah Joachim Loew untuk menambah jaringan apabila Sami Khedira menjaringkan gol pada minit-61, diikuti tandukan Miroslav Klose (m-68) dan Marco Reus (m-74).

Sebelum berakhir perlawanan, pasukan Greece dihadiahkan sepakan penalti yang dilakukan oleh Dimitris Salpingidis selepas tendangan Vasilios Torosidis terkena tangan pertahanan Jerman, Jerome Boateng.

Kemenangan Jerman ini sekali gus menjadikannya pasukan kedua mara ke separuh akhir mengikut jejak Portugal yang turut menang pada aksi suku akhir pada Khamis ke atas Republik Czech.

Pemenang tempat ketiga Piala Dunia 2010 ini, akan menentang England atau Itali yang bakal berentap dalam satu lagi saingan suku akhir pada awal pagi Ahad.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain