Euro 2012: Portugal Mara Ke Separuh Akhir, Tumpaskan Czech 1-0

Ronaldo menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika aksi suku akhir menentang Czech awal pagi Jumaat.
Ronaldo menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika aksi suku akhir menentang Czech awal pagi Jumaat.
Ronaldo menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika aksi suku akhir menentang Czech awal pagi Jumaat.

PORTUGAL menjadi pasukan pertama mara ke separuh akhir Euro 2012 selepas menumpaskan juara Kumpulan A, Republik Czech 1-0 di Warsaw, awal pagi Jumaat.

Selepas mendominasi permainan pada babak kedua, kapten pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-79.

Naib juara Euro 2004 ini bakal bertemu Sepanyol atau Perancis yang akan bermain dalam satu lagi perlawanan suku akhir awal pagi Ahad ini.

"Kami mempunyai banyak peluang. Czech tidak ada langsung dan ia satu perlawanan menarik.

"Saya rasa peluang untuk ke final 50-50 dan kami perlu ada kepercayaan untuk melakukannya," jelas Ronaldo.

Sementara itu, jurulatih Portugal Paulo Bento berkata, pasukannya tidak kisah pasukan mana yang akan bertemu mereka pada separuh akhir nanti.

"Saya mahu pemain-pemain kembali menunjukkan aksi seperti 20 minit terakhir pada separuh masa pertama ketika bermain pada babak kedua.

"Perlawanan separuh akhir merupakan aksi menakjubkan dengan pasukan yang sempurna. Tidak kira pasukan mana yang akan berjumpa nanti, kami pasti akan bermain dengan baik," katanya.

Senarai pemain

Republik Czech :

Cech; Gebre Selassie, Sivok, Kadlec, Limbersky; Hubshman, Plasil; Jiracek, Darida, Pilar; Baros

Portugal:

Patricio; Pereira, Pepe, Alves, Coentrao; Meireles, Veloso, Moutinho; Nani, Postiga, Ronaldo

Pengadil : Howard Webb (England)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain