suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Euro 2012: England Mampu Tewaskan Itali - Rooney

Wayne Rooney
Wayne Rooney
Wayne Rooney

PENYERANG England, Wayne Rooney yakin dengan kepercayaan serta kerjasama setiap pemain, skuad Roy Hodgson mampu mencatat sejarah pada pertemuan suku akhir menentang Itali Euro 2012 awal pagi Ahad ini.

Rooney sebelum ini memberi gambaran bahawa pertemuan itu 50-50, tetapi persepsi itu berubah dan yakin pasukannya mampu mengerjakan Itali.

"Kami lebih teratur sekarang. Rakan sepasukan sanggup berjuang antara satu sama lain dan kami mahu lakukan sama-sama. Jadi saya rasa kami mempunyai peluang yang cerah.

"Kami telah bersedia dan tidak sabar untuk menghadapinya," jelasnya kepada Talksport.

Penyerang Manchester United ini juga berkata, perkara paling penting ialah percaya kepada diri sendiri.

"Kami mempunyai pemain-pemain yang bagus dan kami ada keyakinan.

"Ia bukan mudah, tetapi kami ada semuanya. Apabila kamu samapai ke tahap ini, apa sahaja boleh berlaku," tambahnya.

Rooney telah menjaringkan gol tunggal kemenangan ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu Ukraine Rabu lalu selepas tamat tempoh penggantungan dua perlawanan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain