suria

Shebby Dilantik Pengarah Bola Sepak Blackburn Rovers Musim Depan

KUALA LUMPUR: Bekas pemain pertahanan negara Serbegeth Singh telah dilantik sebagai pengarah bola sepak kelab divisyen satu England, Blackburn Rovers, mulai musim depan.

Menurut laporan akhbar 'Daily Mail' United Kingdom hari ini, pelantikan Serbegth, yang lebih dikenali sebagai Shebby, disahkan oleh pemilik kelab, Venky's (India) Limited.

Laporan itu menyebut salah satu tugas Shebby kelak ialah bertindak sebagai orang tengah antara pemilik kelab dan pengurus pasukan, Steven Kean.

Masa depan pengurus berusia 44 tahun itu masih tidak menentu selepas pasukan itu diturunkan dari Liga Perdana Inggeris (EPL) ke Divisyen Satu selepas menduduki tangga kedua terbawah Liga EPL musim lepas.

Shebby, 43, dijangka meninggalkan kerjayanya sebagai pengulas bola sepak di sebuah saluran televisyen tempatan untuk menggalas cabaran baru itu.

Shebby merupakan bekas pemain negara daripada tahun 179 hingga 1996 dan merupakan kapten pasukan Kuala Lumpur yang menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1987 hingga 1989. - BERNAMA

Artikel Lain