suria

Euro 2012: England Menang 3-2 Ke Atas Sweden

Welbeck menjaringkan gol kemenangan buat England pada aksi menentang Sweden awal pagi Sabtu.
Welbeck menjaringkan gol kemenangan buat England pada aksi menentang Sweden awal pagi Sabtu.
Welbeck menjaringkan gol kemenangan buat England pada aksi menentang Sweden awal pagi Sabtu.

PASUKAN England hanya memerlukan keputusan seri menjelang perlawanan dengan tuan rumah bersama, Ukraine pada Rabu ini bagi melayakkan mereka mara ke pusingan suku akhir selepas menang 3-2 ke atas Sweden, awal pagi Sabtu.

Pada aksi kedua mereka bagi Kumpulan D ini menyaksikan England lebih menguasai permainan pada babak pertama dan tandukan Andy Carroll pada minit ke-24 tepat ke arah gol, hasil hantaran tepat kapten pasukan, Steven Gerrard.

Ayam tambatan Sweden, Zlatan Ibrahimovic beberapa kali melakukan gerakan berbahaya dan cuba menembusi benteng pertahanan England yang dibarisi John Terry, Lescott dan Ashley Cole.

Skuad The Three Lions mendahului perlawanan pasa separuh masa pertama dengan kedudukan 1-0.

Sementara itu, pada babak kedua aksi lebih sengit dengan kedua-dua pasukan masing-masing cuba mencari gol, namun Glen Johnson tersilap percaturan menjaringkan gol sendiri.

Dengan kedudukan terikat 1-1, kedua-dua pasukan terus mengatur serangan sehingga Olof Mellberg menambah jaringan untuk Sweden minit ke-59.

Hanya beberapa minit ketinggalan 2-1, skuad kendalian Roy Hodgson kembali bangkit menyamakan kedudukan melalui jaringan Theo Walcott minit ke-64.

Ia merupakan gol pertama antarabangsa Walcott sejak melakukan hatrik ketika menentang Croatia empat tahun lalu.

Jaringan ketiga England yang dilakukan Danny Welbeck pada minit ke-78 memberi kemenangan pertama England selepas terikat seri 1-1 pada aksi pembukaan kumpulan bertemu Perancis minggu lalu.

Senarai pemain

England:

Hart, Johnson, Cole, Terry, Lescott, Gerrard, Young, Milner, Parker, Carroll, Welbeck (pemain simpanan) : Green, Butland, Kelly, Baines, Jones, Jagielka, Walcott, Henderson, Downing, Oxlade-Chamberlain, Defoe.

Sweden:

Isaksson, Mellberg, Granqvist, M. Olsson, J. Olsson, Elm, Larsson, Svensson, Kallström, Ibrahimovic, Elmander (pemain simpanan): Wiland, Hansson, Lustig, Antonsson, Safari, Wernbloom, Holmen, Bajrami, Wilhelmsson, Hysen, Toivonen, Rosenberg.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain