suria

Piala FA Inggeris: Misi Berbeza Dua Pasukan Di Wembley

Pasukan Chelsea gigih menjalani latihan menjelang final Piala FA Inggeris menentang Liverpool di Stadium Wembley awal pagi Ahad.
Pasukan Chelsea gigih menjalani latihan menjelang final Piala FA Inggeris menentang Liverpool di Stadium Wembley awal pagi Ahad.
Pasukan Chelsea gigih menjalani latihan menjelang final Piala FA Inggeris menentang Liverpool di Stadium Wembley awal pagi Ahad.

PERTEMBUNGAN dua pasukan pada final Piala FA Inggeris awal pagi Ahad di antara Liverpool dan Chelsea dianggap saingan sengit bagi merebut satu trofi dengan misi yang berbeza.

Liverpool yang dikendalikan Kenny Dalglish berhasrat mengakhiri musim ini dengan dua kejayaan selepas turut menjulang trofi Piala Liga, Februari lalu dengan menewaskan Cardiff City.

Kepulangan Dalglish ke Anfield tahun lalu telah meningkatkan keyakinan di kalangan penyokong Liverpool kelab itu sedia bangkit sebagai kuasa digeruni dalam kancah bola sepak Inggeris.

Namun kempen tidak menentu pada saingan liga menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kepulangan Dalglish lebih-lebih lagi impian Liverpool kembali ke Liga Juara-Juara (CL) berkecai.

Sementara itu, final awal pagi nanti adalah yang ke-33 buat kedua-dua pasukan sejak hartawan Russia, Roman Abramovich membeli Chelsea pada 2003 dan memulakan era paling gemilang dalam sejarah kelab London itu.

Chelsea yang dikendalikan oleh pengurus sementara, Roberto Di Matteo dilihat semakin sukar untuk merebut kedudukan keempat dalam liga, lebih-lebih lagi selepas tewas 0-2 di laman sendiri kepada Newcastle Khamis lalu.

Kekalahan itu bermakna laluan Chelsea ke final CL di Munich, 19 Mei ini dilihat lebih penting dengan kejayaan ke atas Bayern Munich kini menjadi bekal terbaik menempah tiket ke edisi musim depan.

Ketika Di Matteo mungkin terpaksa merehatkan beberapa pemain utama untuk perlawanan di Munich, jurulatih Itali itu menegaskan Chelsea pasti meraih motivasi dengan kejayaan di Wembley.

“Pemain sudah memberikan segala-galanya. Kami minta mereka supaya terus berusaha keras dan mereka melakukannya yang terbaik. Kami akan memilih pemain untuk perlawanan ini.

"Ia selalu menjadi keputusan sukar bagi saya untuk menyenaraikan pemain.

"Saya yakin kita semua gembira kerana mempunyai dua penyerang yang bagus dan saya akan membuat keputusan menjelang perlawanan nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Di Matteo mengakui akan terus menggunakan format 4-2-3-1 yang digunakan sejak mengambil alih pasukan ini Mac lalu.

"Saya akan fikirkan perkara itu petang nanti. Jika saya rasa format itu patut ditukar demi kebaikan pasukan, saya akan melakukannya.

"Yang pasti John Terry yang membawa pasukan menjulang trofi Piala FA 2007,2009 dan 2010 sekali lagi akan mengetuai skuad menentang Liverpool nanti,” tambahnya.

Artikel Lain