suria

Ahmad Said Sambut Baik FAM Lanjut Tempoh Daftar Pemain Import

KUALA TERENGGANU: Keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melanjutkan tempoh pendaftaran pemain import kepada semua persatuan bola sepak negeri disambut baik oleh Terengganu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah tersebutyang diambil setelah JKPT bermesyuarat petang tadi, melegakan semua pihak termasuk Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Beliau berkata pihaknya berterima kasih kerana jawatankuasa itu kerana membenarkan semua persatuan bola sepak negeri mendaftar pemain import mereka sehingga 13 Februari ini.

"Keputusan ini akan melegakan semua pihak dan membolehkan PBSNT menumpukan perhatian kepada perlawanan seterusnya," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada media.

Ahmad sebelum ini mengancam akan menarik penyertaan pasukan Terengganu dan T-Team dalam saingan Liga Malaysia serta mahu menyaman FAM jika tidak membenarkan dua pemainimportnya dari Liberia dan Brazil beraksi pada Liga Super, setelah dikatakan Terengganu tidak mematuhi peraturan berhubung pengambilan pemain importnya. - BERNAMA

Artikel Lain