Azraai Tidak Mahu Anak Didik Leka Dengan Kemenangan - Sukan | mStar

Azraai Tidak Mahu Anak Didik Leka Dengan Kemenangan

KUALA LUMPUR: Jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah tidak mahu anak buahnya leka dengan kejayaan menundukkan Kelantan dan merangkul Piala Sultan Ahmad Shah dalam perlawanan Sumbangsih malam Sabtu, sebaliknya bersedia menghadapi Liga Malaysia minggu depan.

Dalam perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia itu, skuad Hoben Jang Hoben selaku juara Piala Malaysia musim lalu, menundukkan juara bertahan Liga Super 2011, Red Warriors bimbingan Peter James Butler 2-1.

Azraai berkata walaupun tanpa tonggak ternama seperti pasukan lawan, kejayaan menumbangkan pasukan yang boleh dilabel gergasi bola sepak tanah air itu menjadi pembakar semangat untuk mengharungi saingan Liga Super minggu depan.

"Walaupun pasukan ini muda, saya kagum mereka mampu memikul tanggungjawab dengan baik. Team 2012 pasukan baru, tapi tengok, mereka menunjukkan komitmen dan semangat juang tinggi, cukup komited.

"Ia satu perkara positif dalam pasukan ini, anda boleh lihat keberkesanan keserasian gandingan di barisan depan menunjukkan persefahaman yang baik. Malah mereka boleh menerima bangkit menyamakan kedudukan...menentang pasukan seperti Kelantan, pada saya cukup bagus," katanya.

Sehubungan itu, Azraai mahu anak buahnya menggandakan usaha bagi mengekalkan prestasi cemerlang dan memastikan kemenangan berterusan dalam saingan Liga Malaysia.

Kemenangan malam Sabtu menjadi lebih manis buat Azraai kerana berjaya melengkapkan kejuaraan trofi Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia sebelum ini, sekali gus menjadikannya antara jurulatih paling berjaya dalam sejarah bola sepak tempatan.

Azraai nyata tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya atas kejayaan tersebut, apatah lagi skuad bimbingannya bangkit selepas ketinggalan menerusi gol jaringan pemain Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-20.

Dua gol sumbangan pemain import dari Cameroon, Jean Emmanuel Effa Owona, berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Kelantan sehingga memaksa jurulatih Kelantan beberapa kali merombak barisan pertahanan.

"Rasa nak sangat satu-satunya piala yang kami tak dapat lagi ini berjaya kami tunaikan, lengkap koleksi saya dan Negeri Sembilan," katanya.

Negeri Sembilan akan memulakan saingan Liga Super di laman sendiri pada Selasa ini bertemu Selangor 'Red Giants' di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain