suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Pasukan Kelab KL Beraksi Petang Di Stadium Selayang

KUALA LUMPUR: Dua pasukan tuan rumah iaitu kelab dari Kuala Lumpur, Pos Malaysia dan Sime Darby FC, terpaksa beraksi petang menentang pasukan lawan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ekoran kerosakan lampu limpah stadium.

Menurut kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pindaan itu dibuat setelah terdapat kerosakan lampu limpah yang disahkan oleh pihak MPS.

Dua kelab ini terpaksa bermain 4.45 petang di laman sendiri bermula esok sehingga penyelenggaraan lampu limpah itu siap dibaiki.

Saingan Liga Perdana akan bermula esok di mana Stadium MPS akan diguna oleh Sime Darby FC menentang Harimau Muda B menjelang perlawanan pertama itu.

Pos Malaysia pula akan bertandang ke Stadium Olahraga Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang menentang pasukan USM FC. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain