suria

Chong Wei Bertemu Lin Dan Di Perlawanan Akhir Terbuka Korea

KUALA LUMPUR: Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei akan bertemu juara dunia Lin Dan dari China di perlawanan akhir Terbuka Korea 2012 di Gimnasium Olimpik di Seoul hari ini.

Chong Wei mara setelah mengalahkan pemain bukan pilihan dari China, Du Pengyu 21-8, 21-13 dalam masa 37 minit di peringkat separuh akhir pada Sabtu.

Menurut laman web kejohanan, Lin Dan pula mengalahkan pemain Jepun, Sho Sasaki 21-16, 21-14 dalam masa 47 minit dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain