Akademi Bola Sepak Terengganu Cari Pemain Mulai Selasa - Sukan | mStar

Akademi Bola Sepak Terengganu Cari Pemain Mulai Selasa

KUALA TERENGGANU: Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSN) akan mengadakan pemilihan pemain untuk Akademi Bola Sepak negeri Terengganu yang diwujudkan di beberapa sekolah di negeri ini mulai Selasa.

Pengarah MSN Terengganu, Zainal Abidin Hussin berkata, pemilihan selama dua hari akan diadakan di Padang Sekolah Menengah Bukit Besar dengan tumpuan kepada kepada pemain berumur 13 hingga 15 tahun.

"Pemain-pemain yang berminat boleh datang ke tempat pemilihan pukul 4 petang esok," katanya di sini, Isnin.

Beliau berkata, selain sekolah itu, akademi juga akan diwujudkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman Kuala Terengganu, Sekolah Menengah Sains Dungun, Sekolah Menengah Sultan Omar dan Padang Merdeka di Dungun.

Zainal Abidin berkata, Sekolah Sukan Bukit Nenas Setiu pula akan dijadikan sebagai induk Akademi Bola Sepak Negeri Terengganu.

Beliau berkata, bekas jurulatih pasukan bola sepak T-Team Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor akan mengetuai akademi induk di Sekolah Sukan Bukit Nenas itu manakala yang lain akan kendalikan oleh jurulatih bola sepak daerah masing-masing. "Kita jangka dalam tempoh dua tahun akan datang, akademi ini akan dapat melahirkan pemain-pemain bola sepak yang berwibawa dan berkualiti untuk pasukan negeri," katanya. Zainal Abidin berkata, setiap akademi akan menempatkan 30 pemain yang akan dipilih sama ada melalui pertandingan atau dari sekolah di daerah berkenan.

Akademi itu juga akan menganjurkan pertandingan dari masa ke semasa bagi mengukur dan melihat perkembangan pemain-pemain di akademi itu, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain