Skuad Harimau Muda Disambut Meriah - Sukan | mStar

Skuad Harimau Muda Disambut Meriah

Penjaga gol Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat disambut peminat-peminat bola sepak tanah air sejurus tiba dari Jakarta, Selasa. Foto: BERNAMA
Penjaga gol Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat disambut peminat-peminat bola sepak tanah air sejurus tiba dari Jakarta, Selasa. Foto: BERNAMA

SEPANG: Skuad Harimau Muda negara yang merangkul emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Indonesia di Jakarta malam tadi, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang LCCT di sini, Selasa.

Kira-kira 1,000 penyokong berada di lapangan terbang itu untuk menyambut pasukan negara yang tiba pada 7.30 pagi dengan pesawat khas dari Jakarta.

Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dan masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi.

Kejayaan itu sekaligus membolehkan negara mempertahankan emas yang dimenangi di Laos dua tahun lepas.

Turut mengiringi skuad kebangsaan pulang ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).

Skuad negara akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu.

Sementara itu, jurulatih Ong Kim Swee berkata walaupun pelbagai rintangan dihadapi di Indonesia, namun semangat membara semua pemain dan pegawai menyebabkan mereka berjaya mengharunginya.

"Semangat inilah yang perlu ditunjukkan pasukan kita ketika menentang Syria," katanya kepada pemberita setibanya di lapangan terbang.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain