suria

KBS Umum Pelantikan Lapan Anggota Lembaga Pengarah YAKEB

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Rabu mengumumkan pelantikan lapan anggota Lembaga Pengarah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang baru.

Menurut kenyataan KBS, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS Datuk Jamil Salleh dilantik sebagai Pengerusi YAKEB manakala Presiden Persatuan Kembara Negara Datuk Khalid Yunus dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Sementara Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Zolkples Embong pula dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dan Pengerusi Kelab Sukan SportsUnite Datuk Dina Rizal Abdullah.

Turut dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah ialah bekas atlet hoki kebangsaan Nor Saiful Zaini Nasiruddin, bekas atlet olahraga Rabuan Pit dan Pengarang Sukan News Straits Times Press Berhad Vijesh Kumar Raja.

Pelantikan adalah bagi tempoh tidak melebihi dua tahun, berkuatkuasa mulai 15 Oktober lepas.

Antara peranan YAKEB adalah menguruskan hal ehwal kebajikan atlet dalam pelbagai aspek sama ada atlet yang masih aktif ataupun telah bersara. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain