suria

Rio Kena Bukti Cergas: Ferguson

Ferdinand perlu buktikan dirinya cergas jika ingin berada dalam skuad musim depan.
Ferdinand perlu buktikan dirinya cergas jika ingin berada dalam skuad musim depan.
Ferdinand perlu buktikan dirinya cergas jika ingin berada dalam skuad musim depan.

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson memberi amaran kepada pemainnya, Rio Ferdinand agar meningkatkan tahap kecergasannya menjelang musim baru bulan depan.

Ferdinan hanya beraksi 19 perlawanan pada musim lalu kerana mengalami kecederaan dan Ferguson mempunyai pilihan iaitu Phil Jones bersama Chris Smalling dan Jonny Evans yang bersedia untuk mengambil alih tempatnya.

Ferguson berkata, dia mempunyai tiga pemain muda terbaik England di bahagian belakang yang sentiasa bersedia menggantikan tempat Ferdinand.

“Rio kena cergas dan hanya itu sahaja kunci untuk dia berada dalam pasukan utama. Dia semakin berumur, dan tidak akan bermain semua perlawanan kerana kami mempunyai pemain terbaik seperti Smalling, Evans dan Jones.

“Salah seorang nama ini boleh gantikan tempat itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Lain