Penarik Beca Dilatih Bawa Atlet Sukan SEA - Sukan | mStar

Penarik Beca Dilatih Bawa Atlet Sukan SEA

KUALA LUMPUR: Bagi memastikan temasya Sukan SEA ke-26 bebas pengangkutan menggunakan minyak, bandar raya Palembang, Sumatera Selatan akan melatih 3,000 penarik beca untuk membawa atlet dan pegawai dari perkampungan atlet ke venue pertandingan.

Timbalan Pengarah Kedua Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia Mudai Madang berkata setakat ini jawatankuasa itu telah melatih 300 orang.

"Kami melatih mereka dengan kemahiran melayan tetamu. Mereka kemudian akan membawa atlet dari asrama ke tempat pertandingan," katanya lapor Jakarta Post pada Selasa.

Langkah itu katanya, bagi membantu orang miskin selain memastikan Bandar Raya Sukan Jakabaring, iaitu kompleks sukan di mana temasya itu berlangsung, bebas daripada pengangkutan berenjin menggunakan minyak.

Bagaimanapun kata Mudai, jawatankuasa itu belum menentukan kadar bayaran kerana mereka masih menunggu jumlah peruntukan sebenar yang disediakan kerajaan pusat.

"Yang pasti bayaran lebih tinggi daripada pendapatan harian mereka," katanya.

Indonesia menganjurkan temasya itu yang bermula dari 11 hingga 25 November ini di dua venue iaitu Jakarta dan Palembang. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain