Khairul Adli Dijangka Menyerlah Di Pusingan Kedua Petronas Cub Prix - Sukan | mStar

Khairul Adli Dijangka Menyerlah Di Pusingan Kedua Petronas Cub Prix

KUALA LUMPUR: Penunggang pasukan Suzuki FortyOne Racing team Mohd Khairul Adli Azhar mampu merebut tempat di podium dalam saingan pusingan kedua Kejohanan Petronas AAM Malaysian Cub Prix 2011 di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 16 dan 17 April ini, kata pengurus pasukan Nor Azlan Amran.

Beliau berkata pelumba berumur 17 tahun yang sudah empat tahun membabitkan diri dalam dunia perlumbaan itu merupakan penunggang yang paling berpengalaman dalam kategori wira (13 hingga 17 tahun).

"Pasukan ini menaruh harapan yang tinggi kepada Khairul Adli. Dia sudah berlumba dalam kategori Wira untuk dua musim dan Novice setahun, ini memberikan kelebihan besar kepadanya berbanding pesaing yang lain yang kebanyakannya adalah muka baru," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Khairul Adli yang membuat penampilan pertama dalam Kejohanan Cub Prix semasa berumur 13 tahun lagi, menduduki tempat keempat dalam pusingan pembukaan di Kangar bulan lepas.

Nor Azlan berkata selain pengalaman, Khairul Adli juga memiliki platform yang kukuh untuk mempamerkan aksi cemerlang.

"Walaupun ini tahun pertama pasukan ini bersama dengan Suzuki, jentera kami sudah setanding dengan jentera ternama lain, dan pusingan pembukaan di Kangar bulan lepas membuktikannya, apabila ia berjaya menduduki tempat keempat walaupun membuat banyak kesilapan pada awalnya," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain