KAFA Tawar Gelanggang Bagi Perlawanan Malaysia Dan Lubnan - Sukan | mStar

KAFA Tawar Gelanggang Bagi Perlawanan Malaysia Dan Lubnan

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencadangkan supaya perlawanan pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Lubnan pada 23 Jun ini diadakan di Stadium Sultan Mohamed ke-IV di Kota Baharu, Kelantan.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya akan menghantar permohonan itu kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) melalui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat ini.

Katanya jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee, telah bersetuju dengan cadangan itu.

"Saya harap pihak perbadanan stadium akan memberi kerjasama dengan menaiktaraf bilik persalinan dan bilik media di stadium berkenaan," katanya dalam laman web sosial, 'Facebook'.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad berkata pihaknya akan menerima cadangan daripada semua anggota gabungannya yang berminat menawarkan gelanggang bagi perlawanan itu.

Katanya sebarang cadangan yang diterima akan dikemukakan kepada Majlis Pertandingan Antarabangsa FAM yang dipengerusikan oleh Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Menurut peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), katanya, stadium yang menjadi gelanggang perlawanan antara lain perlu mempunyai dua bilik persalinan dan keadaan padang yang baik.

Sementara itu, timbalan presiden KAFA, Datuk Affandi Hamzah berkata mereka sudah bersedia menjadi tuan rumah bagi perlawanan tersebut.

Skuad bimbingan Kim Swee berjaya melangkah ke pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012 di London selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 pada perlawanan pusingan pertama kelayakan.

Sebelum itu, Malaysia akan bertandang ke Lubnan pada perlawanan pertama pusingan kedua pada 19 Jun ini Stadium Sultan Muhamad ke-IV yang dibina pada 1957 mampu menampung kapasiti penonton seramai 30,000 orang. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain