suria

Federer Samai Rekod Sampras

Federer meraih kejuaraan ketiganya musim ini.
Federer meraih kejuaraan ketiganya musim ini.
Federer meraih kejuaraan ketiganya musim ini.

BINTANG Switzerland, Roger Federer menewaskan Florian Mayer dari Jerman 6-4, 6-3 untuk memenangi kejohanan Terbuka Stockholm dan menyamai rekod Pete Sampras yang meraih kejuaraan ATP sebanyak 64 kali.

"Suasana di sini begitu menakjubkan, berdepan tekanan dan berupaya menamatkan saingan sehingga ke penghujungnya," kata pemain tenis nombor dua dunia itu kepada TV Sweden.

Federer kini berkongsi kedudukan keempat dalam kebanyakan kejohanan ATP yang dimenanginya, ketinggalan di belakang Jimmy Connors, Ivan Lendl dan John McEnroe.

Namun pemain yang pernah memenangi pelbagai kejuaraan termasuk kategori perseorangan Grand Slam dilihat tidak berupaya mengejar rekod Connors dalam tempoh terdekat.

Pemain dari Amerika Syarikat (AS) itu menamatkan kariernya dengan lebih 100 gelaran juara.

Federer amat gembira meraih kejuaraan ke-64 dan berkata:"Anda tidak tahu kejuaraan terakhir yang akan anda sertai. Oleh itu, anda mahu melakar kemenangan pada setiap kejohanan."

Kemenangan itu membolehkan Federer meraih kejuaraan ketiga pada musim ini.

"Sudah pasti aksi pada musim panas begitu mengecewakan dengan kekalahan di Perancis dan Wimbledon. Namun saya bangkit mempamerkan aksi bertenaga pada Terbuka Australia dan Cincinnati. Saya mempunyai rekod kalah-menang tahun ini," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Alonso Juara GP Korea

Artikel Lain