Muhyiddin Rai Pasukan Bola Jaring Remaja Juara Asia - Sukan | mStar

Muhyiddin Rai Pasukan Bola Jaring Remaja Juara Asia

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meraikan pasukan bola jaring remaja negara yang menjuarai Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia Ke-7 di India pada Julai lepas.

Majlis itu, yang diadakan di Kementerian Pelajaran di sini tengah hari tadi, adalah bagi meraikan kejayaan Malaysia menjuarai kejohanan itu empat kali berturut-turut sejak 2004. Kejohanan itu berlangsung dua tahun sekali.

Seramai 12 pemain berumur antara 16 dan 21 tahun mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Turut diraikan pemenang pertandingan peringkat dunia F1 In Schools Technology Challenge 2010 yang diadakan sempena penganjuran perlumbaan Singtel Singapore F1 Grand Prix di Singapura minggu lepas.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran dan diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman kemudiannya hadir pada majlis jamuan raya Kementerian Pelajaran yang berlangsung di perkarangan kementerian.

Seramai kira-kira 1,500 warga kementerian hadir pada majlis itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Muhd Shafiq Perlu Atasi Rasa Gementar

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi