suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Afrika Selatan Meriahkan Karate Terbuka Kedah

KULIM: Pasukan karate dari Afrika Selatan buat pertama kali turut serta pada Kejohanan Terbuka Karate Kedah 2010 yang akan berlangsung di sini Sabtu ini.

Ia merupakan satu-satunya pasukan luar negara yang mengambil bahagian bersama enam pasukan negeri dan 10 pasukan yang keseluruhan bakal menghimpun kira-kira 500 peserta.

"Afrika Selatan mengantar 15 peserta dengan diketuai Presiden Persatuan Sotokan Karate-Do negara itu, Sonny Pillai," kata pengerusi kejohanan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Kejohanan mempertaruhkan 43 kategori bagi merebut keseluruhan 172 pingat iaitu 43 emas, 42 perak dan 86 gangsa.

Negeri yang bertanding ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan tuan rumah Kedah yang menghantar 65 orang peserta.

Antara pasukan kelab pula ialah Kelab Karate Hayabshi-Ha (Kuala Lumpur), Kelab Okinawa Goju-Ryu (Ipoh, Pulau Pinang dan Johor), Kelab Ghishinkan (Pulau Pinang) dan Kelab Sotokan (Ipoh). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulfahmi Mahu Pungut Mata Di Jepun

Artikel Berikut

Artikel Lain