Atlet Lawan Pedang Paralimpik Tempah Tiket Ke Guangzhou

KUALA LUMPUR: Atlet lawan pedang acara Epee, Abdul Rahman Razali, berjaya melepasi syarat kelayakan untuk beraksi pada Sukan Para Asia di Guangzhou, China, dari 12 hingga 19 Disember ini.

Pegawai cawangan Paralimpik di Majlis Sukan Negara (MSN), Hassan Basri Che Harun, berkata Abdul Rahman menduduki ranking ke-23 daripada 36 peserta pada Kejohanan Piala Dunia (Lawan Pedang) Persekutuan Berkerusi Roda dan Kudung Antarabangsa (IWAS) di Warsaw, Poland, yang berakhir Ahad lalu.

"Bagi ranking dan kuota Asia, walaupun belum dikeluarkan, kami percaya Abdul Rahman telah melepasi syarat kelayakan ke Guangzhou," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Abdul Rahman merupakan pemenang pingat emas pada Sukan Para Asean 2007 di Korat, Thailand.

Selain Abdul Rahman, pasukan Malaysia ke Warsaw turut disertai Mohd Zamrin Kassim dan Mohd Fauzizaldi Jusoh, kedua-duanya bertanding dalam acara Sabree.

Selepas memenangi dua perlawanan awal, Abdul Rahman tewas 6-15 kepada peserta Belarus dalam perlawanan ketiga sementara dua lagi rakannya tewas kepada lawan masing-masing di pusingan awal.

Hassan Basri berkata terdapat satu lagi kejohanan kelayakan iaitu Kejohanan Dunia di Paris, Peranchis, pada 10 hingga 13 Nov ini tetapi tarikh tersebut terlalu hampir dengan temasya Para Asia di Guangzhou.

Beliau berkata pendedahan di Guangzhou amat penting bagi membolehkan atlet lawan pedang untuk bersaing di temasya sukan Paralimpik terbesar di dunia, Sukan Paralimpik London pada 2012. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain