Ganga Tidak Terkejut Dengan Pemecatannya Daripada BAM - Sukan | mStar

Ganga Tidak Terkejut Dengan Pemecatannya Daripada BAM

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) P. Ganga Rao tidak terkejut dengan tindakan badan induk sukan badminton itu mengambil tindakan untuk memecat beliau.

Ganga yang kini berada di Singapura ketika dihubungi berkata beliau masih belum dimaklumkan oleh pihak BAM berhubung pemecatan tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan BAM ataupun Presidennya Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh berhubung perkara tersebut.

"Saya dah malas nak fikir dan apa yang penting sekarang adalah, BAM perlu memberi sepenuh perhatian kepada persiapan skuad negara yang akan berhadapan dengan Kejohanan Piala Thomas pada bulan hadapan," katanya.

Ganga berkata beliau hanya akan mengambil tindakan ke atas individu yang bertanggungjawab ke atas pemecatan beliau selepas berakhirnya kejohanan Piala Thomas yang akan berlangsung dari 9 hingga 16 Mei depan.

Nadzmi, yang kini berada di luar negeri, berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini bahawa pemecatan tersebut berkuat kuasa serta merta dan Ganga tidak lagi terlibat dalam BAM.

Ganga berkata beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan sekarang kerana risau ia akan menjejaskan persiapan skuad negara.

Sementara itu, Timbalan Presiden BAM Tengku Kamil Tengku Idris Shah enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.

Laporan akhbar pada 18 April sebelum ini mengatakan Ganga digantung oleh BAM setelah badan induk sukan itu kecewa dengan tindakan Ganga yang menjangkaui tugasnya dalam membuat keputusan mengenai satu penajaan baru-baru ini.

Ganga didakwa menyalahgunakan kuasa menggunakan nama individu tertentu untuk kepentingan sendiri selain isu kontrak dengan Yonex dikatakan terlalu berat sebelah.

Namun dua hari selepas itu pihak BAM menafikan bahawa pihaknya telah mengambil tindakan tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain